Berjumpa Pari-pari Tasik

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.

Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."

Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..

Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."

Sent by: e-ketawa posted on 16 February 2013