Melarikan Diri dari Bilik Pembedahan

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut...," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"

Sent by: e-ketawa posted on 19 February 2013